Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Minggu, 29 Juli 2012

Cara Muslimah Meraih Malam Lailatul Qadar Saat Haid





Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan kaum muslimin.  Tidak ada seorangpun ingin melepaskannya tanpa mengisi dengan ibadah.  Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat dan ampunan.  Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda sebagai ganjaran ibadah hamba-Nya. 

Rasulullah saw bersabda yang ertinya:
Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunnah, maka akan diberikan pahala sama dengan melaksanakan amalan fardhu di bulan yang lain. Dan siapa saja yang melaksanakan kewajiban di bulan Ramadhan, maka akan mendapat pahala 70 kali[1].

Pada bulan Ramadhan, ada malam yang mulia dan istimewa, iaitu satu malam yang nilainya lebih baik baik dari 1000 bulan.  Firman Allah surah al Qadr; 1-3:
إِنّا أَنزَلنٰهُ فى لَيلَةِ القَدرِ ﴿١﴾ وَما أَدرىٰكَ ما لَيلَةُ القَدرِ ﴿٢﴾ لَيلَةُ القَدرِ خَيرٌ مِن أَلفِ شَهرٍ ﴿٣﴾

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan[2]
2. dan tahukah kamu Apakah malam kemuliaan itu?
3. malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.


Maksud satu malam itu lebih baik dari pada 1000 bulan adalah beramal soleh pada malam itu lebih baik daripada beramal soleh seribu bulan di bulan yang lain[3].  Sementara seribu bulan itu setara dengan 83 tahun 4 bulan.  

Padahal menurut Rasulullah umur umatnya rata-rata 60 tahun  sampai 70 tahun.  Dan sedikit yang di atas 70 tahun.  Itupun belum tentu kita mampu menggunakan secara efektif untuk beribadah.  Boleh jadi di antara kita ada yang memulai ibadah secara konsisten sejak umur 15 tahun atau 20 tahun.  Bahkan  ada yang terlewati, baru mulai beribadah, iaitu melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, setelah sudah tumbuh uban di kepala.  Jadi baru sedar bahawa manusia memerlukan ibadah kepada Allah setelah ada signal (isyarat) yang senantiasa mengingatkannya bahawa dia sudah tua.

Lailatul Qadar diturunkan Allah pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.  Kerananya Rasulullah pada waktu tersebut mengintai dan memburunya.  Beliau  semakin menggiatkan ibadahnya untuk mendapatkan Lailatul Qadar.
Mengingat keistimewaan malam Lailatul Qadar yang luar biasa itu, tentu kaum muslim ingin mendapatkannya.  Termasuk muslimah juga tidak mahu ketinggalan, padahal belum tentu pada sepuluh hari terakhir dia dalam keadaan suci.  Kerananya kita harus mengetahui bagaimana cara mendapatkan Lailatul Qadar, sementara kita dalam keadaan haid atau nifas.

Secara umum cara untuk memperoleh Lailatul Qadar adalah sebagai berikut:
Menghidupkan malam  pada sepuluh hari terakhir.  Dari Aisyah, ia berkata:
ا ن النبى ص م اذا د خل العشرالاواخر احي اليل وايقظ اهله وشد المئزر 

Bahwa Nabi Saw. Apabila sepuluh hari terakhir sudah masuk, maka beliau menghidupkan malam itu, membangunkan keluarganya dan mengikat sarungnya. [ HR Ahmad, Bukhari-Muslim]

Dari  hadis tersebut dijelaskan bahawa Rasulullah senantiasa menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan, dan membangunkan keluarganya.  Ada keterangan bahawa Rasulullah membangunkan anggota keluarganya, sekalipun mereka dalam keadaan haid.  Tujuannya adalah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan ibadah.  Tentu saja bagi wanita yang haid hanya melakukan ibadah yang dibolehkan baginya.

Bagi muslim dan muslimah menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan ibadah seperti berikut:
1.I’tikaf[4].  Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah beri’tikaf 10 hari terakhir Ramadhan sampai beliau wafat. 
2.Shalat.
3.Membaca Al Qur’an.  Para sahabat biasa mengkhatamkan Al Qur’an sehari semalam, di antaranya Ustman bin Affan, Tamim, Said dan Zubair selama Ramadhan [5].
4.Berzikir, memohon ampun kepada Allah dan berdoa. 

Dan doa yang biasa dipanjatkan Rasulullah pada malam Lailatul Qadar[6] adalah:
ا للهم انك عفو تحب العفو فاعف عنى
 

Ya Allah!  Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, dan suka memaafkan, maka maafkan aku.


Adapun bagi Muslimah yang sedang haid dan nifas, maka  menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan cara berzikir, memohon ampun kepada Allah dan berdoa.

Wahai saudaraku, kerana kita muslimah, tentu  tidak boleh terus suci sepanjang Ramadhan. Kerananya jika dalam keadaan suci perbanyakkanlah  ibadah yang mengharuskan ditunaikan dalam keadaan suci.

[1] Ibn Huzaimah at Targhib II/217
[2] Malam kemuliaan dikenal dalam Bahasa Malaysia dengan malam Lailatul Qadar iaitu suatu malam yang penuh kemuliaan dan kebesaran kerana pada malam itu permulaan turunnya Al Quran (Nuzul Quran).
[3] Tafsir Jalalain, tafsir surat al Qadr ayat 3
[4] Bagi wanita yang sedang istihadhah (keluar darah penyakit) boleh beri’tikaf. Lihat Nailul Author bab i’tikaf
[5] at Tibyan fi Hamalah Al Qur’an, an Nawawi hlm. 47-48
[6] HR Ahmad, Ibn Majah dan Turmudzi dalam Fikih sunnah , Sayyid Sabiq, bab Lailatul Qadar

Sumber : www.hizbut-tahrir.or.id

0 komentar:

Posting Komentar